Wednesday, September 5, 2012

solat hajat

salam... selalunye kite akn berdoa n buat solat hajat bile kite memerlukan pertolongan dari Allah S.W.T...tetapi sebenarnye xbleh la begitu...perlulah sentiase di lakukan n jadikan ia amalan, insyallah ringan sahaja nk buatnye...harini mau berkongsi tips untuk lakukan solat hajat, ini di petik dari blogger len...xsure kesahihan..sbb solat hajat ni bnyk cr nk lakukan, tetapi Allah itu Maha Mengetahui, keihklasan itu penting ye =)
ini mungkin membantu:
PANDUAN SOLAT HAJAT:
Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.
Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” Ertinya: “Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”
Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali. Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.
selamat beramal =)

No comments:

Post a Comment